Tuesday, 22 December 2015

Kelas Akhir Aplikasi Komputer

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



          Alhamdulillah, tamat sudah tugasan untuk meng-update blog setiap minggu. Berakhirnya tugasan ini seiring dengan berakhirnya kelas Aplikasi Komputer Set 4 di bawah pimpinan pensyarah yang hebat, Encik Mohd Dzul Azzwan B Mohd Nor. Ribuan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Azzwan atas tunjuk ajar dan ilmu yang telah diberikan setakat ini.

        Post kali ini saya berasa agak sedih dan pilu. Bukan disebabkan berakhirnya kelas aplikasi komputer ini, namun disebabkan saya bimbang bahawa saya tidak akan bertemu dengan pensyarah yang seperti Encik Azzwan. Pensyarah yang tidak menumpukan slide semata-mata, pensyarah yang penuh gelak tawa, pensyarah yang tak pernah lewat kehadirannya.

       Saya berterima kasih yang tak terhingga juga atas nasihat sir berkenaan kehidupan. Mungkin tidak kena mengena dengan sir, namun sir menasihati agar kehidupan pelajarnya terjamin masa hadapannya. Terima kasih atas tunjuk ajar, jika ada sumur di ladang bolehlah kita menuai padi, jika ada umur yang panjang bolehlah kita berjumpa lagi. Sekian


Thorbaikk 

Saturday, 19 December 2015

Final

Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera,


      Kadang-kadang aku cemburu akan sahabat-sahabatku yang lain. Yang bisa tersenyum dikala kesurupan. Yang bisa mengibur semasa sedih. Yang bisa menasihat disaat dirinya dalam tak keruan. Ya Allah, aku memohon untuk aku dapat mencontohi sahabat sahabatku yang lain. Sahabatku yang hebat. Sahabatku yang kuat. Sahabatku yang tak kenal erti putus asa.

    Sungguh pelik apabila mereka masih boleh tersenyum disaat masalah yang menimpa ibarat batu besar diatas kepala. Mereka tidak mewawarkan perkara tersebut. Mereka menyimpannya sebagai satu pembakar semangat untuk mereka terus berjaya.
 
    Sahabat, aku doakan kalian berjaya di dunia dan di sana. Aku bangga punya sahabat seperti kalian. Dan terima kasih atas nasihat yang pernah diberikan. Mungkin tanpa nasihat kalian, aku tidak berada di tempat aku berdiri sekarang. Semoga berjaya sahabat! Kenang daku dalam doamu.

Goodluck Final duhai sahabat @>

Epilog

Hai dan assalamualaikum,


       Bunyi enjin kereta dihidupkan, sejurus tempat duduk depan di himpap. Kereta ayah memang agak bingit dek kerana berbulan keretanya tak dirservis. Tiba tiba aku terkenang akan kereta merah kesayanganku yang biasa meriahkan pagiku dengan enjinnya. Enjinnya yang berkuasa tinggi ditambah dengan sentuhan pakar-pakar dari Australia membuat diriku amat merinduinya setiap pagi sebelum ku ke kerja. Mercedes 3 series berwarna merah mati yang merupakan hadiah hari lahirku pemberian oleh orang tuaku telah hilang dari pandangan. Masuk hari ini, genap 3 bulan kereta kesayanganku dicuri pihak yang tidak berhati perut.

      Pengalaman sedihku itu tidak pernah ku lupa. Pagi sebelumnya aku membasuh kereta itu berhampiran tempat bekerja ku. Walaupun agak mahal upahnya, namun aku sanggup untuk membayar asalkan kereta merah idamanku atau lebih dikenali "Red Warriors" kelihatan cantik dan bersinar. Namun nasib malang menimpa ku, mungkin dek kerana keanggunan Red Warriors ku, ianya menjadi perhatian mereka yang mencemburui lalu hilanglah ia keesokan harinya di kawasan parkir rumahku.

Sunday, 13 December 2015

HAHA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


        Entah hendak cakap macam mana. Berbuih mulut menyatakan hasrat yang sama, namun begitu juga tingkah lakunya. Kita manusia. Sesuatu benda yang kita tak suka kita berhak tegur selagi mana ia boleh meruntuhkan imej kita di mata orang ramai. Namun bila ditegur, jawapannya mudah "ya, saya tak akan mengulanginya " tak tahu antara ayat ini adalah untuk menghabiskan nasihat atau leteran yang berpanjangan atau memang tegas untuk tidak mengulanginya.

        Kadang-kadang tu hiba, bukan sebab apa. Sebab kita dah lama. Takkan benda simple pun susah nak dijaga. Benda yang sama diulang sepanjang hubungan, agaknya jika berlarutan. Mungkin akan suruh cucu-cucu yang sampaikan. Bukan sebab putus asa, tapi sebab tak berdaya. Ya, awak banyak kekuatan. Begitu juga saya. Namun ingat, awak banyak kelemahan dan itu juga saya tak tertinggal,


       Saya banyak kelemahan, tapi sekurangnya saya pilih orang terpilih untuk meluahkan isi hati dan usaha sebaiknya untuk menyelesaikan masalah. Bukan memilih untuk memberitahu ramai pihak dan berharap mereka membantu. Youre not asking for charity, you asking for cheap attention and trust me i hate it a lot! Thanks and night

PROLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

     
       Tajuk tugasan minggu ini ialah prolog.  Prolog merupakan permulaan penceritaan.Biasanya prolog ini kita dapat temui dalam novel-novel untuk menceritakan bahagian dalam novel tersebut atau ‘flashback’peristiwa yang telah berlaku. Kita dapat lihat prolog hadir di bahagian awal novel untuk menunjukkan permulaan cerita yang baik. Bagi penggemar novel cinta , novel perang dan sebagainya, mereka sudah biasa bertemu dengan prolog dalam setiap permulaan novel yang mereka baca.

       Terdapat banyak jenis prolog yang dapat disenaraikan. Namun begitu, antara contohnya adalah seperti :

              "Dunia ini terasa berhenti, ketika Aku  harus siap menerima kenyataan pahit, memiliki seorang Ayah dengan keadaan cacat. Ku ingin Ayah lebih sempurna, seseorang yang tak cacat, seperti Ayahnya semua orang. Seorang Ayah yang dapat mendengar harapanku dan kekhawatiranku. Di sini, di Rumah petakku, aku hanya tinggal berdua dengan Ayah, sesudah kematian Ibuku beberapa tahun yang lalu"

         "Pedih sinaran matahari memancar ke arah mataku, dan aku bingkas bangun mencapai tuala. Menjalani kehidupan sebagai pendidik di sekolah agama ayer satu. Walaupun tugasan agak payah, aku sedar tiada kesenangan jika tiada kepayahan. Lalu air membasahi tubuhku dan aku teruskan rutin harianku"

      

Sunday, 6 December 2015

Arwah PakYus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca,


Alhamdulillah ya tuhan,
aku bangkit maju kehadapan,
di atas kepala ku terapung awangan,
di bawah diriku terbentang lautan.
jurus ku buka laman media,
kecoh akan suatu cerita,
pelawak,
yang biasa memberi gelak tawa,
yang biasa hadir di saat hiba,
yang dirinya sentiasa ceria,
walaupun,
masalah menimpa yang bertimbun,
airmata menitis bagaikan embun,
letihnya badan bekerja tekun,
namun harini,
dirinya diam sepi,
duduk terbaring di tepi sisi,
sahabat lain yang lain semua menangisi,
arwah dah pergi menghadap ilahi.


Ya Allah,
sebak ku rasa,
walaupun tidak mengenali arwah,
namun terasa rapat dengannya,
dengan lawaknya yang bersahaja,
dengan cerianya gelak tawa,
dengan lawak diselit dakwah,
namun hari ini kau pergi,
menghadap Dia yang lebih menyayangi.


Pakyus,
terima kasih buatku bergembira,
terima kasih kerana hadir di saat duka,
terima kasih untuk segalanya,
semoga kau tenang disana,
doa untukmu tak akan ku lupa.
                                                     
                                                                                                                  (Al- Fatihah Yusry B Edoo)


Wednesday, 2 December 2015

Akronim (Masih Hidup)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tajuk minggu ini ialah akronim dimana pelajar haruslah membina sesuatu cerita berdasarkan huruf permulaan nama sendiri. Oleh itu, nama saya ialah Muhammad Hidayat iaitu M dan H sebagai permulaan huruf dan tajuk yang saya perolehi ialah :
                                                                                                                                               MASIH HIDUP

        Alhamdulillah, hari ini 3/12/2015 bersamaan hari khamis dimana hari selain hari isnin yang digalakkan hamba-hambanya berpuasa sunat. Bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnianya dapat kita(manusia) bersama-sama menghirup udara yang diberikan dengan nikmat sekali. Jangan sesekali antara kita tidak bersyukur atas nikmat yang diberikan malah lebih teruk mengkufurkan nikmat yang diberi ini bukan dari ALLAH S.W.T.

        Alhamdulillah, tanpa kita sedar semakin hari semakin singkat masa kita bertemu ajal. Hari lahir yang kita berseronok menyambutnya rupanya ialah hari yang kita raikan kerana hari untuk kita bertemu ajaln semakin hampir. Persoalan yang patut kita timbulkan dalam diri kita setiap hari iaitu Mengapa aku masih dihidupkan pada hari ini? Mengapa tidak aku mengikut jejak mereka yang ditarik nyawanya oleh Izrail A.S? Jawapannya cukup mudah wahai sahabat-sahabatku. Nyawa ku tidak ditarik kerana ALLAH memberi masa untuk aku bertaubat kerana dosa yang dipikul sekarang terlalu banyak.

Image result for menanti taubat

Setiap hari janganlah lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk hidup pada hari ini. Hargai setiap hari yang ada dengan semanfaatnya. Janganlah alpa, hidup sementara. Hendak ke neraka, tidak perlu mengerah tenaga. Hendak ke syurga, tidak boleh bermimpi lena.
Hidup banyak pilihan. Usah tersalah memilih impian :)




Sunday, 29 November 2015

Final

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

     
       Sedar atau tidak, lagi 2 atau 3 minggu lagi kami, mahasiswa universiti kebangsaan malaysia (UKM) akan menghadapi peperiksaan akhir semester 1 2015/2016. Ramai yang telah bersiap sedia dgn ilmu di dada, ingatan yang perkasa dan perhatian yang peka. Walhal aku, masih terpinga-pinga, perhatian entah ke mana, ingatan masih leka dan nota yang masih tak dibuka.

       Bila ditanya soal biasiswa, aku tak ketinggalan untuk mengejar. Namun usaha tidak selanjar, hendak yang tinggi usaha masih rendah. Ya Allah, apa nak jadi. Peperiksaan tiba tak lama lagi. Risau sedih pilu sendiri. Mengharap masa berulang kembali.

        Saat sedih dan saat hiba. Aku habiskan untuk bersandiwara. Kadang terlupa apa yang aku ada. Senjata ku yang kuat, iaitu doa. Wahai diri sedarlah kamu, untuk berubah perlukan sesuatu, tinggal yg buruk korbankan masamu, agar kelak bahagia hidupmu.

Beta

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


          Tajuk yang diberikan kepada saya ialah beta. Beta merupakan suatu simbol yang hadir dalam subjek matematik, statistik dan seangkatan dengannya. Beta ini digunakan dalam rumus untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

        Namun begitu, beta ini biasanya digunakan dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, nama-nama kelas darjah, nama suatu kumpulan, nama rumah sukan dan yang paling popular ialah nama kompani untuk mereka yang menceburi diri dalam pusat latihan khidmat negara.

          Kesimpulannya, beta ini hanyalah sebuah rumus dalam matematik. Tetapi penggunaan kata ini telah digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian kita. Selain beta, simbol yang biasa digunakan ialah alpha dan gamma.

Sunday, 22 November 2015

HAPPY BIRTHDAY DEARSELF!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca,


       Alhamdulillah ya Allah, tepat jam 12.00 , 23 November 2015 , saya MUHAMMAD HIDAYAT B AB JALIL menyambut hari kelahiran yang ke 19 tahun. Walaupun agak biasa disambut setiap tahun, namun pada tahun ini agak hambar kerana ketidakhadiran keluarga di sisi.

        Hidayat, kau dah 19 tahun. Bagi aku umur seperti ini kau dah mula diberi amanat. Dah mula diberi tanggungjawab. Bukan masa untuk hadirkan hiburan setiap hari, bukan masa mengampu diri sendiri, bukan masa seronok dibuai mimpi. Kau dah besar. Kau dah ada tanggungjawab. Jujur, diri ini takut mendengar perkataan "tanggungjawab" kalaulah mereka faham betapa besarnya maksud tanggungjawab ini. Tanggungjawab terhadap keluarga, tangungjawab terhadap agama, tanggungjawab terhadap cinta, sahabat dan sebagainya.

       Aku cuma berharap, aku berubah. Aku dapat berusaha dengan sungguhnya. Aku dapat penuhi permintaan ayahanda dan bonda. Dan yang paling penting, aku dapat berbakti untuk masyarakat, agama dan negara. Insyaallah doakan aku


HAPPY BIRTHDAY HIDAYAT !

*kakak aku pada 21/11 dan aku pada 23/11

Semoga diberkati tuhanmu 

Emosi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca,


       Minggu ini, tajuk yang diberi ialah emosi. Ada beberapa punca kenapa Sir Azzwan nyatakan tajuk untuk minggu ini "emosi". Namun sebenarnya, tajuk minggu ini diberi pilihan iaitu emosi dan tikam. Lihat pilihan tajuknya saja, kita dapat merasai perasaan sir semasa memberi tugasan ini. Namun begitu, tajuk tikam mungkin agak susah dan mungkin banyak benda berbaur kekejaman akan ditulis.

      Emosi. Setiap manusia mempunyai emosi mereka tersendiri. Emosi bergantung pada kawasan sekeliling yang mempengaruhi. Jika sekeliling itu menyakitkan, jadi emosi yang diterbitkan itu amatlah sakit dan mengerikan.

Sebagai contoh, seorang sir yang agak riang dan sentiasa membuat orang lain terhibur dengan celoteh dan gurauannya DIKUTUK, DIPERLEKEHKAN dan DIBUAT SENDAAN di laman sosial. Kemungkinan, emosi yang biasanya ditonjolkan oleh sir akan berubah daripada positif kepada benda negatif. Waktu itu, jangan menyesal kerana senyuman dan gelak tawa di kelas berubah menjadi sunyi dan sifar hiburan.

Monday, 16 November 2015

Wifi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Post kali ini penulis minta kebenaran untuk meroyan mengenai wifi. Minta laluan sikit ye pembaca hehe bismillahirrahmanirrahim

YA ALLAH KAU TAHU TAK SAKITNYA HATI STUDENT BILA TAK DAPAT GUNA WIFI. WIFI NI BUKANLAH BENDA YANG PENTING SANGAT PUN, TAPI BILA KAU BANYAK KERJA THEN MASALAH WIFI NI TAK SETTLE SETTLE DENGAN ASSIGNMENT KAU BERTIMBUN DENGAN POST TAK SETTLE SETTLE LAGI JAPGI WIFI BUAT MASALAH PULAK. MASYALLAH BROTHER, NAK BUAT KERJA YANG SENANG DAH JADI SUSAH. MEMANGLAH ADA MOBILE DATA, TAPI BENDA NI ADA QUOTA LAH !@#$%^ BILA AKU CHECK, QUOTA SEKARANG DAH 2.5 GB AKU GUNA. ABAH DIA AKU BELI 3 GB JE SEBULAN WOI! KOPAK LAH CENI DE KALAU TIAP BULAN MCMNI. TOLONGLAH ONE OF PEMBACA NI ADA KUASA UNTUK DAPATKAN WIFI BALIK UNTUK KOLEJ KEDIAMAN AKU. TOLONGLAH GENG, GUA STUDENT NI GENG JANGAN SIKSA GUA CENI. NI DAH TAK PASAL PASAL GUA KE LIBRARY MALAM MALAM BUTA MCMNI. NI KALAU MAK AKU TAHU, MESTI DIA TAK PERCAYA AKU NI ANAK DIA. TAK PERNAH PERNAH JADI RAJIN MCMNI HAIHH SORRY LAH GENG POST KALI NI GUA LANJE CAPS LOCK SIKIT. GUA JANJI NEXT TIME TAK BUAT DAH OKAY. SORRY SLEEP WELL GENG ASSALAMUALAIKUM

Sunday, 15 November 2015

Cuti.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,            Tajuk yang diberikan untuk entry kali ini ialah cuti. Hal ini kerana, entry ini perlu dibuat ketika pelajar sedang bercuti midsem selama seminggu. Oleh itu kebanyakan pelajar akan menyenaraikan aktiviti yang mereka lakukan ketika cuti. Dan ada di antara pelajar akan menyatakan bahawa cuti yang diberikan tidak mencukupi, ada menyatakan bahawa cuti yang diberikan sia-sia kerana mereka tidak mempunyai sebarang aktiviti, ada menyatakan mereka menghabiskan cuti dengan assignment dan ada antara mereka menyatakan yang mereka tidak menyentuh sebarang nota atau tugasan semasa cuti mereka. Agak-agak penulis di tempat yang mana? HAHAHAHAHAHAHA apa pun dalam fikiran pembaca terpulanglah pada pembaca untuk judge penulis jenis orang yang bagaimana :) namun begitu, apa yang boleh penulis boleh rumuskan bahawa cuti penulis dapat dimanfaatkan sedikit (walaupun banyak masa penulis habiskan masa atas katil) apa yang di kata kan manfaat itu apabila penulis habiskan masa dengan meluangkan masa dengan family :) sekian dari penulis hehe assalamualaikum 
                

Hiking

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


           
Post kali ini aku ingin menulis tentang hiking atau dengan nama lain adalah mendaki atau meredah gunung/bukit. Okay, secara jujurnya hiking ini adalah satu aktiviti yang sesuai dilakukan ketika sedang stress. Hal ini kerana, ia merupakan suatu journey sesorang untuk mencapai misi iaitu berada di puncak bukit ataupun gunung. Oleh itu, si pendaki perlulah bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk mencapai misinya iaitu berada di puncak bukit ataupun gunung. Aktiviti ini memerlukan ketekalan fizikal dan mental yang kuat untuk mengharunginya. Pendaki akan meredah semak samun, melangkah sungai, memanjat tebing, memanjat tembok, melangkah beberapa halangan dan sebagainya. Namun begitu, bagi pendaki hal ini memuaskan apabila pendaki dapat berada di puncak dengan pemandangan yang indah apabila berada di atas. Disini penulis meninggalkan pembaca dengan sebuah gambar yang mendaki Gunung Tabur pada minggu lepas. Sekian daripada Hidayat, assalamualaikum :)
Hiking di Bukit Tabur

NAFSU.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,             Tajuk pada minggu ini ialah NAFSU. Tajuk yang amat sinonim dengan manusia. Tipulah kalau ada manusia yang takda nafsu ni kan. Okay mudah, nafsu ni semua orang ada. Tapi bergantung pada orang dimana nafsu yang mendorong pada sesuatu benda. Maksud nafsu ialah :

'
Nafsu itu adalah keinginan manusia yang tersirat dalam akal pikirannya. Nafsu ada yang baik, yaitu nafsu yang tidak bertentangan dengan hati nurani serta perintah-perintah dan larangan-larangan yang Allah tetapkan. Namun ada pula nafsu yang buruk, yaitu nafsu yang hanya untuk memenuhi keinginan pikirannya saja, tanpa melibatkan hati nurani dan ketetapan Allah. Berikut ini adalah jenis-jenis nafsu menurut Islam'

             Akhir sekali, nafsu adalah perkara wajib yang mesti ada pada semua manusia. Namun begitu, bergantung pada individu untuk mengawalnya dengan baik. Mereka yang dapat mengawalnya dengan baik ialah orang yang berjaya dan bagi mereka yang tidak dapat mengawal adalah sebaliknya.

         

Sunday, 1 November 2015

Makanan.

Hai assalamualaikum dan salam sejahtera,

        Tajuk yang diberi pada minggu ini ialah makanan. Tipu lah kalau tak tahu apa itu makanan kalau hari hari kau bertemu dengan benda tu. Makanan ni sebenarnya terbahagi kepada dua, iaitu makanan halal dan makanan haram.

       Namun begitu, tajuk makanan yg ingin aku bincangkan ialah "makanan warga Palestine". Kenapa aku membincangkan makanan palestine dalam konteks makanan? Jawapannya mudah, sebab makanan dan minuman dorang tak diendahkan oleh masyarakat seluruh dunia.

       Sedang kita menikmati makanan enak di seluruh dunia, pernah ke kita terfikir tentang makanan saudara kita di Palestine? Mereka makan atau tidak? Makanan apa yang mereka makan? Pernah ke kita terfikir pasal itu? Fikir sejenak

       Walaubagaimanapun sahabat, walaupun kita didedahkan dengan gambar dan video saudara kita di Palestine yang menderita, namun pada masa yang sama, kita menikmati suasana yang nyaman, negara yang aman dan makanan yang enak-enak. Dapatkah kita merasai derita yang mereka alami dengan hanya melihat gambar dan video mereka.

      Secara jujur, bukan nak berlagak. Tapi aku harap kalau ada sahabat yang menjenguk post blog yang tak seberapa ni, untuk mendoakan kesejahteraan saudara mara se-islam kita di sana. Semoga mereka dalam keadaan yang baik baik saja hendaknya, insyaallah :)

ASSALAMUALAIKUM,


        

Wednesday, 28 October 2015

Tingkah Laku

Hai assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca,

       Topik bebas minggu ini yang bermain di minda ialah tingkah laku. Maksud tingkah laku ialah suatu perangai atau perbuatan seseorang yang dilakukan dalam kehidupannya seharian. Contoh tingkah laku yang boleh saya tafsirkan seperti kelakar, sombong, peramah, sopan santun dan sebagainya. Namun begitu, banyak perkara yang memberi impak kepada seseorang seterusnya menjadikan individu tersebut mengubah tingkahlakunya.

      Antara perkaranya seperti pengaruh kawasan sekeliling.Pengaruh ini merupakan antara pengaruh terkuat dalam setiap aspek. Disebabkan kawasan sekelilingnya yang teruk, jadi sedikit sebanyak ia mempengaruhi individu tersebut untuk turut mengikuti jejak langkah kawannya yang lain. Sebagai contoh, seorang remaja yang baik dan rajin ditempatkan bersama-sama kelompok rakan-rakan yang malas. Secara tidak langsung, sikap malas yang diterapkan oleh kawan-kawannya akan melekat pada dirinya.

       Selain itu, masalah kekeluargaan yang pincang. Masalah ini lahir daripada masalah ibu dan ayah mereka yang akhirnya menjejaskan tingkah laku anaknya. Sebagai contoh, kita dapat lihat bahawa masalah-masalah sosial yang menjadi-jadi ini adalah kerana didikan yang salah oleh ibu bapa. Ibu bapa ini tidak menunjukkan contoh atau tauladan yang baik kepada anak mereka. Hal ini yang menyebabkan anak-anak menjadi teruk dan seterusnya mempunyai tingkah laku yang buruk.

      Kesimpulannya, tingkah laku ini sepatutnya diterapkan sejak kecil lagi. Selain daripada ibu bapa, pihak yang lain juga turut membantu agar generasi akan datang diterapkan dengan tingkah laku dengan baik. Penulis menasihatkan untuk ibu bapa memberi pendidikan agama yang secukupnya supaya tingkah laku anak-anak dapat menyelamatkan diri mereka dari terjerumus ke jalan yang tak diredhai.

Assalamualaikum :)

Sunday, 25 October 2015

PERSAHABATAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca,

        Tajuk bebas pada minggu ini, aku lebih gemar bercerita tentang persahabatan. Boleh aku rumuskan bahawa persahabatan membawa banyak maksud. Bagi aku, persahabatan ini seperti dua atau lebih insan berjanji walau apa pun yang terjadi, mereka tidak akan berpisah dan saling membantu antara satu sama lain.

       Di sini aku ingin tekankan perbezaan antara sahabat dan kawan. Kawan kita boleh dapat masa kita gembira. Tapi sahabat, kita dapat masa kita gembira dan sedih. Dia hadir dalam setiap keadaan. Dia akan ada saat kita memerlukannya. Setiap masa. Kawan kita boleh tafsirkan sebagai peneman untuk seronok dan bahagia. Apabila kita perlukan hiburan, di situ adanya kawan. Apabila kita perlukan keseronokan, di situ adanya kawan.

       Tapi beringat, kawan datang dan pergi. Tetapi sahabat tidak. Dia akan terus menemani hingga salah seorang menghadap ilahi. Bersyukurlah kalian jikalau kalian sudah menemukan sahabat kalian. Jangan mengharap lebih dari mereka malahan cubalah jadi yg terbaik untuk mereka.

Sekali sahabat pergi,
jangan mengharapkan galang ganti,
risau air mata peneman diri,
di pagi yg riuh dan malam yang sunyi.


Assalamualaikum :)

SESAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca,


      Topik minggu ini adalah Sesal dan seperti biasa sesal adalah suatu benda yang akan dialami oleh setiap manusia yang hidup di bumi ini. Kita akan sesal dengan banyak perkara. Sesal dengan diri, sesal dengan orang sekeliling, sesal dengan cinta dan sebagainya. Tapi sesal atas dosa-dosa yang pernah dibuat adalah sesal yang paling bagus sekali di muka bumi ini.

     Ada orang bertanya apa itu sesal? Apa kaitannya sesal ini dengan hidup seharian? Sesalan ini ada memberi sebarang manfaat ke? Pelbagai soalan yang timbul berkaitan sesal. Namun apa yang boleh dirumuskan ialah sesal adalah suatu benda yang jika mampu, kau akan kembali ke masa silam untuk memperbetulkan keadaan semula. Maksud sesal bagi aku :)

    Secara jujur, diri ini banyak sesal dengan banyak perkara. Dari seremeh-remeh hal hingga lah ke besar-besarnya. Namun ramai tidak tahu siapa diri kau selepas kau alami sesalan ini. Kau menjadi seorang yang sentiasa berwaspada dengan setiap yang berlaku. Kau akan berhati-hati dengan setiap keadaan. Kau takkan mudah alpa dengan apa yang terjadi. Tengok? Hebat bukan penangan sesal kepada diri kita :

p/s : sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna

Assalamualaikum :)

Sunday, 18 October 2015

Atlet Sukem Kajai



       Hai assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Pada post bebas kali ini, idea yang terlintas di fikiran ialah berkenaan sukan ukm (SUKEM). Seperti sedia maklum, pada tarikh 17/10/15 hingga 28/10/15 ialah tarikh dimana berlangsungnya sukan ini. Pelbagai sukan yang dipertandingkan pada setiap kolej kediaman. Antaranya seperti bola sepak, bola tampar, bola baling, futsal, silat, renang dan sebagainya.

       Oleh disebabkan itu, kolej saya iaitu Kolej Rahim Kajai turut menghantar wakil bagi setiap acara yang dipertandingkan. Atlet-atlet dalam setiap sukan ditapis terlebih dahulu sebelum dipanggil mewakili kolej kediaman. Semua atlet yang bertanding menunjukkan kesungguhan dan disiplin yang tinggi dalam setiap sukan yang mereka sertai.

       Pada minggu ini, sukan yang telah berlangsung ialah silat olahraga, futsal lelaki perempuan , bola baling, bola tampar, bowling dan pingpong. Atlet masing-masing menunjukkan persembahan yang baik dan bertanding dengan bersungguh-sungguh dalam setiap acara mereka. Di bawah saya kepilkan antara gambar-gambar yang sempat saya perolehi.

       
silat


bola tampar

basketball
pingpong


     
Di atas antara babak babak yang dapat saya kepilkan dalam post kali ini. Atlet yang diberi mandat untuk mengharumkan nama kolej telah berusaha dengan jayanya. Tidak ketinggalan, diri ini turut mewakili kolej dalam sukan Futsal. Namun begitu, pasukan kami cuma mendapat tempat ketiga keseluruhan selepas tewas dengan Kolej Ungku Omar 2-1 iaitu juara utk sukan futsal tahun ini. Sekian saja post dari saya, akhir kata majulah sukan untuk UKM! Gambar akhir sebelum tamat post hehehehe assalamualaikum 

futsal




Saturday, 17 October 2015

Beban.

  
   GAMBAR HIASAN

       
            Assalamualaikum dan salam sejahtera, tajuk yang diberi minggu ini ialah beban. Ok, apa maksud beban? Siapa boleh jawab aku lanje nanti hahahaha. Ok tett korang lambat, beban ni kalau nak diikutkan maksud, banyak antaranya maksud beban. Antaranya ialah "kos yang digunakan untuk menghasilkan pendapatan" , " biaya yang telah memberikan manfaat dan sekarang ianya sudah habis ". Tbh, aku sendiri tak faham apa sebenarnya maksud BEBAN ni. Tapi kalau nak ditafsirkan mengikut pemahaman melayu yang dipraktikkan sejak kecil beban punyai maksudnya tersendiri.

           Maksud beban ialah suatu masalah yang diberikan pada individu dan individu tersebut bertanggungjawab ke atas beban tersebut. Individu yang diberikan beban ini hendaklah melaksanakan beban ini dengan jayanya. Kebiasaannya, beban ini akan diberikan kepada individu yang terdiri daripada Pengerusi, Pengarah, Eksekutif, Ketua dan sebagainya. Individu-individu ini antara yang terpilih untuk diberikan beban kepada mereka dan mereka ini dijangka dapat menyelesaikan beban yang diberi dengan jayanya.

          Terdapat banyak contoh beban di dalam dunia ini dan jika disenaraikan satu persatu ianya mungkin mengambil masa berhari-hari. Antaranya seperti beban hidup, beban tugas, beban cinta, beban akademik dan sebagainya. Beban hidup boleh dikatakan semua manusia menghadapinya. Beban boleh ditafsir sebagai perkara yang makin merumitkan. Sebagai contoh, anda dikehendaki melaksanakan tugas baru yang tiada kaitan dengan pembelajaran (bagi student) atau pekerjaan (bagi pekerja). Itu ialah beban di mana anda dikehendaki untuk menyelesaikannya.

         Akhir sekali, beban memang perkara yang merumitkan dalam kehidupan seharian kita. Tapi jika kita hidup tanpa beban, hidup kita seolah bosan dan tiada cabaran. Akhir sekali, kita akan menjadi manusia yang tidak produktif dan berdaya saing. Sekian, assalamualaikum :)


Sunday, 11 October 2015

TERLALU SIBUK MENGEJAR DUNIA, LUPA AKAN AKHIRAT YANG MENJAUH.

        Assalamualaikum sir yang dihormati, sahabat-sahabat yang dikasihi termasuk pada mereka yang secara tidak sengaja mengunjungi blog ini. Pertama sekali, bersyukur kita ke hadrat ilahi atas limpah kurnianya kita masih boleh menghirup udara Allah pada hari ini. Jantung yang diberi pinjam oleh ALLAH S.W.T masih berdegup dan masih berfungsi dengan baik. Pendengaran dan penglihatan yang dibekalkan sementara oleh ALLAH S.W.T masih memberi manfaatnya kepada kita. Namun begitu sahabat-sahabat, sudahkah kita mensyukuri nikmat-nikmat tuhan ini :) tepuk dada tanya iman

        Bagi mereka yang mengenali saya, pasti mereka menganggap "ek eleh dayat ni acah acah cakap pasal agama nak jadi ustaz ekspres lettew" . Hahahahaha sejujurnya kenyataan mereka benar belaka. Kita kenal diri kita, kita tahu bagaimana cara kita bertutur, cara kita menghabiskan masa terluang, berapa banyak benda lagha yang telah kita lakukan, berapa banyak aurat wanita yang sudah kita lihat, berapa banyak kata-kata carutan yang diibaratkan sebagai "ZIKIR HARIAN" kita.


        Namun begitu sahabat-sahabat, kita masih ada peluang. "bro, lu dah rosak. berapa anak dara orang dah lu perkosa, duit orang yang lu curi, sampaikan ibu lu pun lu boleh maki" MasyaAllah brother, lu lupa ke pintu taubat Allah terbentang luas? Selagi lu kembali ke pangkal jalan, lu minta ampun bertaubat kepada Allah, insyaAllah semua dosa dosa yang telah kau buat akan terhapus. Apa lu nak goyang sangat, tuhan lu yang MAHA PENGAMPUN, MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG. Tunduk bro, yakin tiada tuhan selain ALLAH dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah, minta maaf bersungguh-sungguh pada Dia dan berjanji untuk tidak mengulangi perkara yang sama lagi.


        Bukan nak tunjuk alim, bukan nak tarbiah atau bukan nak ceramah online. Tapi sekurang-kurangnya aku tak habiskan tugasan yang diberi dengan perkara sia-sia. Aku menulis di sambil aku mengisafi diri sendiri. Aku tak harapkan ayat aku beri pembaca kesedaran, apa yang aku harapkan ialah supaya tulisan aku ini menyedarkan sedikit pendosa ini bila melakukan maksiat. Ya Allah, aku hambamu yang lemah ya Allah, pimpinlah kami menuju syurgamu. Janganlah kau berikan kami kesesatan menuju redhamu. Tempatkanlah kami bersama orang-orang beriman dan juga orang yang kau kurniakan nikmat. Amin ya rabbal alamin :)

10.10

Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya mulakan blog ini dengan sedikit pantun.


Jauh pelosok datang berdagang,
Singgah berehat di dalam gua,

Walau banyak dugaan mendatang,
Tabah lah kamu tempuhinya jua.

      
   
     Salam, post kali ni agak istimewa berbanding yang lepas kerana terdapat lebihan minit yang dapat diluangkan untuk minggu ini hehe. Jadi, minggu ini tajuk yg diberikan oleh Sir Azzwan (encem kacak kiut omey atototo) ialah 10.10. Otak seolah blank seketika ketika diberi tajuk sedemikian kerana tiada apa yang bermain dalam fikiran berkenaan tajuk tarikh 10.10. Seperti hari-hari yang biasa, tiada yang menarik berkenaan tarikh tersebut. Aktiviti yang biasa dibuat hanyalah lepak, makan, lepak, minum, lepak, tidur dan lepak. Tiada yang menarik -.-


        Namun begitu pada tahun 2015, tarikh 10.10 ini agak kencang di serata Malaysia. Hal ini kerana terdapatnya HARI SUKAN NEGARA yang diumumkan oleh yang amat berhormat, Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, perdana menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015. Objektif utama pembentukan Hari Sukan Negara ini ialah

untuk membina masyarakat belia yang sersatu padu, berdisplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan Negara"

Pada tarikh ini, boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia turun padang untuk meraikan hari tersebut. Beribu-ribu sukan yang dipertandingkan di seluruh Malaysia, antaranya ialah marathon, renang, futsal, ping pong, berbasikal, bola sepak dan sebagainya. Program ini mendapat sambutan yang hangat di seluruh Malaysia, khususnya di kawasan bandar. Ini adalah sebahagian gambar gambar yang diambil sempena Hari Sukan Negara ini.
Image result for hari sukan negara


Image result for hari sukan negara


Image result for hari sukan negara

         Namun begitu, perkara menyedihkan apabila saat terakhir saya terpaksa batalkan niat untuk menyertai Kejohanan Futsal Piala Presiden Gombak oleh kerana mengutamakan hal kekeluargaan. Pada hari sabtu tersebut, saudara saya melangsungkan perkahwinan, jadi secara tidak langsung saya terpaksa menghadiri majlis tersebut. Perjalanan ke sana agak bosan dengan melalui jalan pedalaman, oleh itu saya menggunakan peluang yang terbuka untuk menikmati tidur sepuasnya di dalam kereta. Secara tidak langsung, Hari Sukan Negara saya agak hambar dan tidak produktif. Sekian penceritaan saya tentang tarikh 10.10. Assalamualaikum 





      

Sunday, 4 October 2015

Bebas.

Post yang paling aku suka setiap minggu iaitu tajuk "bebas". Dalam post ni pelbagai benda aku boleh luahkan selain daripada memang tugasan mingguan, post ni juga dapat membantu aku melegakan perasaan (konon tulis di diari). Minggu ni post bebas ialah "kebebasan hidup ber-universiti". Secara jujurnya, hidup di universiti amatlah bebas dan mudah. Tiada siapa akan paksa kau untuk membuat sesuatu benda. Semuanya bergantung pada diri kau sendiri. Cuma bezanya, antara kau nak atau tidak? Tu sahaja :)

Mula-mula aku melangkah ke UKM, aku dah dapat rasa betapa bebasnya hidup aku dalam universiti ni nanti. Dengan kenderaaan yamaha 135 lc sebagai teman, aku bebas ke mana sahaja aku pergi. Tempat halal? Tempat haram? Semua tempat aku boleh pergi. Tiada siapa tahu, tiada siapa halang KAHKAHKAH. Tapi disini aku boleh uji aku punya keimanan. Di sini aku boleh uji aku punya kesetiaan. Di tempat ini aku boleh uji teguhnya aku pada janji aku semasa awal dulu sebelum ibubapa aku hantar aku ke sini. "Tak remaja ah bro tidur awal" "bro ni dekat universiti bro, lepak ah" "macam pondan je orang lepak kau baca buku" hahahaha ni antara "pujian" yang aku dapat dalam tempoh sebulan ni. Kelakar tapi ni realiti dan aku dah laluinya :')

Kebebasan ini sedikit sebanyak mengajar aku cara menjaga diri. Ya, kau dah berdiri atas kaki sendiri sekarang. Semua benda bergantung pada diri kau sendiri. Aku masih ingat pesan senior, "kau masuk uni nanti jangan lupa dekatkan diri dengan usrah, hal hal keagamaan, kalau tidak nanti kau akan hanyut" sampai sekarang aku tak faham apa maksud hanyut senior tu. Tapi tak apa aku masih dalam proses mencari maksud senior. Dan secara jujurnya aku tak akan berhenti mencari sehingga aku mati. Sekian assalamualaikum 

Mentor.

Hai assalamualaikum, salam saudara dan salam sehati sejiwa. Topik minggu ini ialah mentor. Mentor ini merupakan seseorang yang kita letak dia pada tempat yang tinggi, segala tindak tanduk selalu merujuk kepada dia, tingkah lakunya selalu menjadi ikutan dan nasihat-nasihatnya biasa kita praktikkan. Anak buah kepada mentor ini dikenali sebagai mentee. Mentee-mentee ini yang akan merujuk kepada mentor mereka tentang apa apa masalah yang dihadapi oleh mereka.

Kebiasaanya di setiap universiti ataupun gedung ilmu, akan wujud sebuah program mentor mentee. Program ini diwujudkan dimana supaya mentee-mentee berpeluang meluahkan masalah atau meminta rujukan dari mentor mereka. Kewujudan program ini sedikit sebanyak membantu pelajar pelajar atau dikenali sebagai mentee ini dalam menguruskan masa mereka dengan ifektif. 

Akhir sekali, mentor ataupun saya lebih selesa memanggil "idol" amatlah membantu pelajar pelajar seperti saya dalam menguruskan berbagai-bagai aktiviti. Mentor ini patutnya dianggap seperti ibu dan ayah semasa di institusi pembelajaran kerana mereka yang akan membantu dan menjadi rujukan untuk pelajar seperti kita. Tanpa mereka, mungkin kita akan terkapai-kapai di alam universiti dan masa agak bertunggang lunggang di akhirnya. 

Sunday, 27 September 2015

Obses.

Assalamualaikum. Hari ni aku nak bercakap tentang obses. Aku yakin semua orang ada obses masing-masing. Ada yang obses terhadap artis, muzik, makanan & banyak lagi lah. Bila dah obses ni, kita akan selalu cari maklumat atau apa-apa yang menarik tentang sesuatu yang kita obses tu. Ada juga yang obses atas sesuatu kerana dia sedar yang benda tu bawa banyak kebaikan. Yang obses kerana pengalaman pun ada. Biasalah, kita ni manusia. Semua orang ada obsesi masing-masing aku rasa.

Macam aku, aku obses tentang futsal. Semua tentang futsal aku suka. Kalau pilih futsal atau bola sepak, aku pilih futsal la. Haha. Dulu futsal ni aku anggap sebagai riadah aku je. Petang-petang mesti main futsal dengan kawan-kawan. Lama-lama aku rasa yang aku tak boleh kalau dalam seminggu tu tak berfutsal.

Bagi aku, futsal ni ubat stress aku. Bila kita stress, mesti kita akan cari benda yang boleh buat kita tenang kan. Jadi, aku dah jumpa lah ubat stress aku. Perasaan bila aku sepak bola futsal tu, rasa macam aku tendang satu-satu masalah aku. Hehe. Rasa macam puas hati lah bila dapat lepaskan dengan cara tu. Aku rasa lebih baik aku main futsal bila stress daripada lepaskan stress dekat orang lain.

Lepas tu, aku rasa futsal ni Permainan Ukhuwah. Bila ada masa lapang, aku berkumpul dengan kawan-kawan untuk beriadah sama-sama. Bagi aku futsal ni permainan yang berjaya menyatukan kami kembali dalam medan ukhuwah ni, selain menyihatkan badan. Kadang-kadang, aku & kawan-kawan akan kongsi duit untuk bayar sewa gelanggang. Demi ukhuwah ni, kita tak perlu berkira dalam perkongsian. Masing-masing diberi peluang untuk bermain untuk tunjukkan skill yang ada. Hehe. Bermandi peluh dalam permainan mesra ukhuwah ni. Bila semua sibuk dan dah lama tak jumpa demi perjuangan kita (belajar), kami kembali bersatu kembali di gelanggang futsal walaupun dalam waktu yang singkat. Masa tu aku dah mula rasa kemanisan ukhuwah ni.

Jadi, tu lah serba sedikit tentang obsesi aku ni. Aku rasa tak salah untuk obses terhadap sesuatu benda ni, asalkan tak berlanggar dengan agama dan tak mengganggu orang lain.

Alhamdulillah

Terima kasih Allah atas segala ujianMu. Ujian tentang kesenangan, kesusahan, kehilangan, kesakitan & banyak lagi. Bagi aku, ujian yang amat mencabar adalah ujian ketika senang. Masa tu lah kita nak tengok masa kita senang, adakah kita masih ingat bahawa yang memberi rezeki & kesenangan itu adalah Allah SWT? Jika manusia pun kita lupa, apatah lagi Allah.

Dulu waktu belum matang, aku selalu merungut bila ditimpa kesusahan. Aku selalu tanya kepada diri sendiri, "kenapa aku? kenapa bukan orang lain yang hadapi semua ni?" dan aku selalu rasa tak puas hati. Aku berdoa, tapi aku masih fikir "kenapa Allah tak makbulkan doa aku? orang lain yang tak solat tu hidup dia senang je". Betapa jahilnya aku ketika itu. Tapi bila dah meningkat dewasa, aku mulai sedar yang kalau kita rasa ujian kita tu berat, ada orang lain yang lebih berat ujiannya daripada kita.

Aku ada seorang kawan. Dia ni selalu gembira, suka buat orang gelak, macam tak ada masalah. Tapi sebenarnya dalam gelak tawa dia tu, dia tengah hadapi ujian yang ibu dia sakit dan yang lebih menyedihkan, ibu dia hilang ingatan. Ibu dia lupa siapa dia, siapa anak-anak dia. Aku tak dapat bayangkan kalau aku dalam situasi tu. Lebih-lebih lagi kalau ia terjadi kat orang yang kita sayang. Aku tak tahu macam mana sahabat aku boleh kuat dan jalani hidup dia macam biasa setiap hari. Masa tu aku sedar yang bukan aku seorang pernah rasa kesedihan.

Lama-kelamaan, aku mula sedar yang ujian ni sebenarnya tiket yang Allah bagi kita untuk kekuatan. Aku tak boleh mengeluh sebenarnya. Aku bersyukur. Allah uji kita sebab Dia sayang kita. Alhamdulillah atas segala ujianMu ya Rabb. Semoga aku sentiasa diberi kekuatan untuk menghadapi pelbagai musibah :)

Assalamualaikum.