Terima kasih Allah atas segala ujianMu. Ujian tentang kesenangan, kesusahan, kehilangan, kesakitan & banyak lagi. Bagi aku, ujian yang amat mencabar adalah ujian ketika senang. Masa tu lah kita nak tengok masa kita senang, adakah kita masih ingat bahawa yang memberi rezeki & kesenangan itu adalah Allah SWT? Jika manusia pun kita lupa, apatah lagi Allah.
Dulu waktu belum matang, aku selalu merungut bila ditimpa kesusahan. Aku selalu tanya kepada diri sendiri, "kenapa aku? kenapa bukan orang lain yang hadapi semua ni?" dan aku selalu rasa tak puas hati. Aku berdoa, tapi aku masih fikir "kenapa Allah tak makbulkan doa aku? orang lain yang tak solat tu hidup dia senang je". Betapa jahilnya aku ketika itu. Tapi bila dah meningkat dewasa, aku mulai sedar yang kalau kita rasa ujian kita tu berat, ada orang lain yang lebih berat ujiannya daripada kita.
Aku ada seorang kawan. Dia ni selalu gembira, suka buat orang gelak, macam tak ada masalah. Tapi sebenarnya dalam gelak tawa dia tu, dia tengah hadapi ujian yang ibu dia sakit dan yang lebih menyedihkan, ibu dia hilang ingatan. Ibu dia lupa siapa dia, siapa anak-anak dia. Aku tak dapat bayangkan kalau aku dalam situasi tu. Lebih-lebih lagi kalau ia terjadi kat orang yang kita sayang. Aku tak tahu macam mana sahabat aku boleh kuat dan jalani hidup dia macam biasa setiap hari. Masa tu aku sedar yang bukan aku seorang pernah rasa kesedihan.
Lama-kelamaan, aku mula sedar yang ujian ni sebenarnya tiket yang Allah bagi kita untuk kekuatan. Aku tak boleh mengeluh sebenarnya. Aku bersyukur. Allah uji kita sebab Dia sayang kita. Alhamdulillah atas segala ujianMu ya Rabb. Semoga aku sentiasa diberi kekuatan untuk menghadapi pelbagai musibah :)
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment