Hai assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca,
Topik bebas minggu ini yang bermain di minda ialah tingkah laku. Maksud tingkah laku ialah suatu perangai atau perbuatan seseorang yang dilakukan dalam kehidupannya seharian. Contoh tingkah laku yang boleh saya tafsirkan seperti kelakar, sombong, peramah, sopan santun dan sebagainya. Namun begitu, banyak perkara yang memberi impak kepada seseorang seterusnya menjadikan individu tersebut mengubah tingkahlakunya.
Antara perkaranya seperti pengaruh kawasan sekeliling.Pengaruh ini merupakan antara pengaruh terkuat dalam setiap aspek. Disebabkan kawasan sekelilingnya yang teruk, jadi sedikit sebanyak ia mempengaruhi individu tersebut untuk turut mengikuti jejak langkah kawannya yang lain. Sebagai contoh, seorang remaja yang baik dan rajin ditempatkan bersama-sama kelompok rakan-rakan yang malas. Secara tidak langsung, sikap malas yang diterapkan oleh kawan-kawannya akan melekat pada dirinya.
Selain itu, masalah kekeluargaan yang pincang. Masalah ini lahir daripada masalah ibu dan ayah mereka yang akhirnya menjejaskan tingkah laku anaknya. Sebagai contoh, kita dapat lihat bahawa masalah-masalah sosial yang menjadi-jadi ini adalah kerana didikan yang salah oleh ibu bapa. Ibu bapa ini tidak menunjukkan contoh atau tauladan yang baik kepada anak mereka. Hal ini yang menyebabkan anak-anak menjadi teruk dan seterusnya mempunyai tingkah laku yang buruk.
Kesimpulannya, tingkah laku ini sepatutnya diterapkan sejak kecil lagi. Selain daripada ibu bapa, pihak yang lain juga turut membantu agar generasi akan datang diterapkan dengan tingkah laku dengan baik. Penulis menasihatkan untuk ibu bapa memberi pendidikan agama yang secukupnya supaya tingkah laku anak-anak dapat menyelamatkan diri mereka dari terjerumus ke jalan yang tak diredhai.
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment