Saturday, 19 December 2015

Epilog

Hai dan assalamualaikum,


       Bunyi enjin kereta dihidupkan, sejurus tempat duduk depan di himpap. Kereta ayah memang agak bingit dek kerana berbulan keretanya tak dirservis. Tiba tiba aku terkenang akan kereta merah kesayanganku yang biasa meriahkan pagiku dengan enjinnya. Enjinnya yang berkuasa tinggi ditambah dengan sentuhan pakar-pakar dari Australia membuat diriku amat merinduinya setiap pagi sebelum ku ke kerja. Mercedes 3 series berwarna merah mati yang merupakan hadiah hari lahirku pemberian oleh orang tuaku telah hilang dari pandangan. Masuk hari ini, genap 3 bulan kereta kesayanganku dicuri pihak yang tidak berhati perut.

      Pengalaman sedihku itu tidak pernah ku lupa. Pagi sebelumnya aku membasuh kereta itu berhampiran tempat bekerja ku. Walaupun agak mahal upahnya, namun aku sanggup untuk membayar asalkan kereta merah idamanku atau lebih dikenali "Red Warriors" kelihatan cantik dan bersinar. Namun nasib malang menimpa ku, mungkin dek kerana keanggunan Red Warriors ku, ianya menjadi perhatian mereka yang mencemburui lalu hilanglah ia keesokan harinya di kawasan parkir rumahku.

No comments:

Post a Comment