Tuesday, 22 December 2015

Kelas Akhir Aplikasi Komputer

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



          Alhamdulillah, tamat sudah tugasan untuk meng-update blog setiap minggu. Berakhirnya tugasan ini seiring dengan berakhirnya kelas Aplikasi Komputer Set 4 di bawah pimpinan pensyarah yang hebat, Encik Mohd Dzul Azzwan B Mohd Nor. Ribuan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Azzwan atas tunjuk ajar dan ilmu yang telah diberikan setakat ini.

        Post kali ini saya berasa agak sedih dan pilu. Bukan disebabkan berakhirnya kelas aplikasi komputer ini, namun disebabkan saya bimbang bahawa saya tidak akan bertemu dengan pensyarah yang seperti Encik Azzwan. Pensyarah yang tidak menumpukan slide semata-mata, pensyarah yang penuh gelak tawa, pensyarah yang tak pernah lewat kehadirannya.

       Saya berterima kasih yang tak terhingga juga atas nasihat sir berkenaan kehidupan. Mungkin tidak kena mengena dengan sir, namun sir menasihati agar kehidupan pelajarnya terjamin masa hadapannya. Terima kasih atas tunjuk ajar, jika ada sumur di ladang bolehlah kita menuai padi, jika ada umur yang panjang bolehlah kita berjumpa lagi. Sekian


Thorbaikk 

Saturday, 19 December 2015

Final

Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera,


      Kadang-kadang aku cemburu akan sahabat-sahabatku yang lain. Yang bisa tersenyum dikala kesurupan. Yang bisa mengibur semasa sedih. Yang bisa menasihat disaat dirinya dalam tak keruan. Ya Allah, aku memohon untuk aku dapat mencontohi sahabat sahabatku yang lain. Sahabatku yang hebat. Sahabatku yang kuat. Sahabatku yang tak kenal erti putus asa.

    Sungguh pelik apabila mereka masih boleh tersenyum disaat masalah yang menimpa ibarat batu besar diatas kepala. Mereka tidak mewawarkan perkara tersebut. Mereka menyimpannya sebagai satu pembakar semangat untuk mereka terus berjaya.
 
    Sahabat, aku doakan kalian berjaya di dunia dan di sana. Aku bangga punya sahabat seperti kalian. Dan terima kasih atas nasihat yang pernah diberikan. Mungkin tanpa nasihat kalian, aku tidak berada di tempat aku berdiri sekarang. Semoga berjaya sahabat! Kenang daku dalam doamu.

Goodluck Final duhai sahabat @>

Epilog

Hai dan assalamualaikum,


       Bunyi enjin kereta dihidupkan, sejurus tempat duduk depan di himpap. Kereta ayah memang agak bingit dek kerana berbulan keretanya tak dirservis. Tiba tiba aku terkenang akan kereta merah kesayanganku yang biasa meriahkan pagiku dengan enjinnya. Enjinnya yang berkuasa tinggi ditambah dengan sentuhan pakar-pakar dari Australia membuat diriku amat merinduinya setiap pagi sebelum ku ke kerja. Mercedes 3 series berwarna merah mati yang merupakan hadiah hari lahirku pemberian oleh orang tuaku telah hilang dari pandangan. Masuk hari ini, genap 3 bulan kereta kesayanganku dicuri pihak yang tidak berhati perut.

      Pengalaman sedihku itu tidak pernah ku lupa. Pagi sebelumnya aku membasuh kereta itu berhampiran tempat bekerja ku. Walaupun agak mahal upahnya, namun aku sanggup untuk membayar asalkan kereta merah idamanku atau lebih dikenali "Red Warriors" kelihatan cantik dan bersinar. Namun nasib malang menimpa ku, mungkin dek kerana keanggunan Red Warriors ku, ianya menjadi perhatian mereka yang mencemburui lalu hilanglah ia keesokan harinya di kawasan parkir rumahku.

Sunday, 13 December 2015

HAHA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


        Entah hendak cakap macam mana. Berbuih mulut menyatakan hasrat yang sama, namun begitu juga tingkah lakunya. Kita manusia. Sesuatu benda yang kita tak suka kita berhak tegur selagi mana ia boleh meruntuhkan imej kita di mata orang ramai. Namun bila ditegur, jawapannya mudah "ya, saya tak akan mengulanginya " tak tahu antara ayat ini adalah untuk menghabiskan nasihat atau leteran yang berpanjangan atau memang tegas untuk tidak mengulanginya.

        Kadang-kadang tu hiba, bukan sebab apa. Sebab kita dah lama. Takkan benda simple pun susah nak dijaga. Benda yang sama diulang sepanjang hubungan, agaknya jika berlarutan. Mungkin akan suruh cucu-cucu yang sampaikan. Bukan sebab putus asa, tapi sebab tak berdaya. Ya, awak banyak kekuatan. Begitu juga saya. Namun ingat, awak banyak kelemahan dan itu juga saya tak tertinggal,


       Saya banyak kelemahan, tapi sekurangnya saya pilih orang terpilih untuk meluahkan isi hati dan usaha sebaiknya untuk menyelesaikan masalah. Bukan memilih untuk memberitahu ramai pihak dan berharap mereka membantu. Youre not asking for charity, you asking for cheap attention and trust me i hate it a lot! Thanks and night

PROLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

     
       Tajuk tugasan minggu ini ialah prolog.  Prolog merupakan permulaan penceritaan.Biasanya prolog ini kita dapat temui dalam novel-novel untuk menceritakan bahagian dalam novel tersebut atau ‘flashback’peristiwa yang telah berlaku. Kita dapat lihat prolog hadir di bahagian awal novel untuk menunjukkan permulaan cerita yang baik. Bagi penggemar novel cinta , novel perang dan sebagainya, mereka sudah biasa bertemu dengan prolog dalam setiap permulaan novel yang mereka baca.

       Terdapat banyak jenis prolog yang dapat disenaraikan. Namun begitu, antara contohnya adalah seperti :

              "Dunia ini terasa berhenti, ketika Aku  harus siap menerima kenyataan pahit, memiliki seorang Ayah dengan keadaan cacat. Ku ingin Ayah lebih sempurna, seseorang yang tak cacat, seperti Ayahnya semua orang. Seorang Ayah yang dapat mendengar harapanku dan kekhawatiranku. Di sini, di Rumah petakku, aku hanya tinggal berdua dengan Ayah, sesudah kematian Ibuku beberapa tahun yang lalu"

         "Pedih sinaran matahari memancar ke arah mataku, dan aku bingkas bangun mencapai tuala. Menjalani kehidupan sebagai pendidik di sekolah agama ayer satu. Walaupun tugasan agak payah, aku sedar tiada kesenangan jika tiada kepayahan. Lalu air membasahi tubuhku dan aku teruskan rutin harianku"

      

Sunday, 6 December 2015

Arwah PakYus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca,


Alhamdulillah ya tuhan,
aku bangkit maju kehadapan,
di atas kepala ku terapung awangan,
di bawah diriku terbentang lautan.
jurus ku buka laman media,
kecoh akan suatu cerita,
pelawak,
yang biasa memberi gelak tawa,
yang biasa hadir di saat hiba,
yang dirinya sentiasa ceria,
walaupun,
masalah menimpa yang bertimbun,
airmata menitis bagaikan embun,
letihnya badan bekerja tekun,
namun harini,
dirinya diam sepi,
duduk terbaring di tepi sisi,
sahabat lain yang lain semua menangisi,
arwah dah pergi menghadap ilahi.


Ya Allah,
sebak ku rasa,
walaupun tidak mengenali arwah,
namun terasa rapat dengannya,
dengan lawaknya yang bersahaja,
dengan cerianya gelak tawa,
dengan lawak diselit dakwah,
namun hari ini kau pergi,
menghadap Dia yang lebih menyayangi.


Pakyus,
terima kasih buatku bergembira,
terima kasih kerana hadir di saat duka,
terima kasih untuk segalanya,
semoga kau tenang disana,
doa untukmu tak akan ku lupa.
                                                     
                                                                                                                  (Al- Fatihah Yusry B Edoo)


Wednesday, 2 December 2015

Akronim (Masih Hidup)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tajuk minggu ini ialah akronim dimana pelajar haruslah membina sesuatu cerita berdasarkan huruf permulaan nama sendiri. Oleh itu, nama saya ialah Muhammad Hidayat iaitu M dan H sebagai permulaan huruf dan tajuk yang saya perolehi ialah :
                                                                                                                                               MASIH HIDUP

        Alhamdulillah, hari ini 3/12/2015 bersamaan hari khamis dimana hari selain hari isnin yang digalakkan hamba-hambanya berpuasa sunat. Bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnianya dapat kita(manusia) bersama-sama menghirup udara yang diberikan dengan nikmat sekali. Jangan sesekali antara kita tidak bersyukur atas nikmat yang diberikan malah lebih teruk mengkufurkan nikmat yang diberi ini bukan dari ALLAH S.W.T.

        Alhamdulillah, tanpa kita sedar semakin hari semakin singkat masa kita bertemu ajal. Hari lahir yang kita berseronok menyambutnya rupanya ialah hari yang kita raikan kerana hari untuk kita bertemu ajaln semakin hampir. Persoalan yang patut kita timbulkan dalam diri kita setiap hari iaitu Mengapa aku masih dihidupkan pada hari ini? Mengapa tidak aku mengikut jejak mereka yang ditarik nyawanya oleh Izrail A.S? Jawapannya cukup mudah wahai sahabat-sahabatku. Nyawa ku tidak ditarik kerana ALLAH memberi masa untuk aku bertaubat kerana dosa yang dipikul sekarang terlalu banyak.

Image result for menanti taubat

Setiap hari janganlah lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk hidup pada hari ini. Hargai setiap hari yang ada dengan semanfaatnya. Janganlah alpa, hidup sementara. Hendak ke neraka, tidak perlu mengerah tenaga. Hendak ke syurga, tidak boleh bermimpi lena.
Hidup banyak pilihan. Usah tersalah memilih impian :)