Sunday, 27 September 2015

Obses.

Assalamualaikum. Hari ni aku nak bercakap tentang obses. Aku yakin semua orang ada obses masing-masing. Ada yang obses terhadap artis, muzik, makanan & banyak lagi lah. Bila dah obses ni, kita akan selalu cari maklumat atau apa-apa yang menarik tentang sesuatu yang kita obses tu. Ada juga yang obses atas sesuatu kerana dia sedar yang benda tu bawa banyak kebaikan. Yang obses kerana pengalaman pun ada. Biasalah, kita ni manusia. Semua orang ada obsesi masing-masing aku rasa.

Macam aku, aku obses tentang futsal. Semua tentang futsal aku suka. Kalau pilih futsal atau bola sepak, aku pilih futsal la. Haha. Dulu futsal ni aku anggap sebagai riadah aku je. Petang-petang mesti main futsal dengan kawan-kawan. Lama-lama aku rasa yang aku tak boleh kalau dalam seminggu tu tak berfutsal.

Bagi aku, futsal ni ubat stress aku. Bila kita stress, mesti kita akan cari benda yang boleh buat kita tenang kan. Jadi, aku dah jumpa lah ubat stress aku. Perasaan bila aku sepak bola futsal tu, rasa macam aku tendang satu-satu masalah aku. Hehe. Rasa macam puas hati lah bila dapat lepaskan dengan cara tu. Aku rasa lebih baik aku main futsal bila stress daripada lepaskan stress dekat orang lain.

Lepas tu, aku rasa futsal ni Permainan Ukhuwah. Bila ada masa lapang, aku berkumpul dengan kawan-kawan untuk beriadah sama-sama. Bagi aku futsal ni permainan yang berjaya menyatukan kami kembali dalam medan ukhuwah ni, selain menyihatkan badan. Kadang-kadang, aku & kawan-kawan akan kongsi duit untuk bayar sewa gelanggang. Demi ukhuwah ni, kita tak perlu berkira dalam perkongsian. Masing-masing diberi peluang untuk bermain untuk tunjukkan skill yang ada. Hehe. Bermandi peluh dalam permainan mesra ukhuwah ni. Bila semua sibuk dan dah lama tak jumpa demi perjuangan kita (belajar), kami kembali bersatu kembali di gelanggang futsal walaupun dalam waktu yang singkat. Masa tu aku dah mula rasa kemanisan ukhuwah ni.

Jadi, tu lah serba sedikit tentang obsesi aku ni. Aku rasa tak salah untuk obses terhadap sesuatu benda ni, asalkan tak berlanggar dengan agama dan tak mengganggu orang lain.

Alhamdulillah

Terima kasih Allah atas segala ujianMu. Ujian tentang kesenangan, kesusahan, kehilangan, kesakitan & banyak lagi. Bagi aku, ujian yang amat mencabar adalah ujian ketika senang. Masa tu lah kita nak tengok masa kita senang, adakah kita masih ingat bahawa yang memberi rezeki & kesenangan itu adalah Allah SWT? Jika manusia pun kita lupa, apatah lagi Allah.

Dulu waktu belum matang, aku selalu merungut bila ditimpa kesusahan. Aku selalu tanya kepada diri sendiri, "kenapa aku? kenapa bukan orang lain yang hadapi semua ni?" dan aku selalu rasa tak puas hati. Aku berdoa, tapi aku masih fikir "kenapa Allah tak makbulkan doa aku? orang lain yang tak solat tu hidup dia senang je". Betapa jahilnya aku ketika itu. Tapi bila dah meningkat dewasa, aku mulai sedar yang kalau kita rasa ujian kita tu berat, ada orang lain yang lebih berat ujiannya daripada kita.

Aku ada seorang kawan. Dia ni selalu gembira, suka buat orang gelak, macam tak ada masalah. Tapi sebenarnya dalam gelak tawa dia tu, dia tengah hadapi ujian yang ibu dia sakit dan yang lebih menyedihkan, ibu dia hilang ingatan. Ibu dia lupa siapa dia, siapa anak-anak dia. Aku tak dapat bayangkan kalau aku dalam situasi tu. Lebih-lebih lagi kalau ia terjadi kat orang yang kita sayang. Aku tak tahu macam mana sahabat aku boleh kuat dan jalani hidup dia macam biasa setiap hari. Masa tu aku sedar yang bukan aku seorang pernah rasa kesedihan.

Lama-kelamaan, aku mula sedar yang ujian ni sebenarnya tiket yang Allah bagi kita untuk kekuatan. Aku tak boleh mengeluh sebenarnya. Aku bersyukur. Allah uji kita sebab Dia sayang kita. Alhamdulillah atas segala ujianMu ya Rabb. Semoga aku sentiasa diberi kekuatan untuk menghadapi pelbagai musibah :)

Assalamualaikum.